Sesungguhnya peranan guru sememangnya besar. Ini adalah kerana anak-anak yang diasuh, diajar dan dibimbing inilah yang akan menjadi insan-insan yang dapat mempamerkan akhlaq dan peribadi yang dikehendaki Islam selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.
Bermacam-macam kes dan kejadian yang negatif yang kita semua dengar pada hari ini. Anak-anak yang menumbuk muka guru, menyimbah asid ke muka guru, memukul guru, merosakkan kereta guru dan bermacam-macam lagi kes yang melibatkan murid dan guru. Kita tidak mahu bilangan kes seperti ini meningkat dari masa ke semasa. Maka, DPPN Pk amat berharap agar anak-anak yang dikeluarkan daripada sekolah akan keluar dengan kualiti yang cemerlang dari segi akhlaq dan ilmu pengetahuan.
Sambutan Hari Guru ini juga sebenarnya adalah untuk menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru di kalangan masyarakat di Malaysia.
Gurulah yang menyebabkan kita semua mengenal A,B,C…. alif,baa,taa…. 1,2,3…dan sebagainya…. Jika bukan dari seorang guru, maka tidaklah lahir seorang peguam, doktor, orang politik, pegawai-pegawai, pengurus-pengurus dan berbagai-bagai jenis manusia yang bermula dari tahu membaca dan mengeja. Maka, sememangnya lah wajar untuk kita semua mengingati dan meraikan para Guru. Memang tidak boleh dinafikan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Kadang-kadang mereka mendidik anak-anak murid sehingga ada yang tidak sempat meluangkan masa untuk anak-anak mereka sendiri. Namun apa yang kita harapkan guru-guru semua ikhlas dalam pengorbanan tersebut.
Insya Allah, Allah pasti akan membalas dengan ganjaran yang setimpal, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Keikhlasan itu sangat-sangat penting kerana dari ikhlasnya guru yang mengajar, maka anak-anak didik mendapat ilmu yang berkat. Ilmu yang berkat inilah yang akan melahirkan anak-anak yang mampu menjadi pelapis muda yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Justeru, guru-guru perlu sentiasa mendidik jiwa, membetulkan niat dan mengikhlaskan segala pengajaran dan pengorbanan yang dilakukan. Guru-guru juga harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran mengajar.
Rasulullah SAW sejak awal sudah mencontohkan dalam mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang baginda lakukan memerhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang itu, sehingga nilai-nilai murni dapat ditanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik.
Kami penuh yakin dengan kewibawaan guru-guru dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi dan penuh cabaran ini.
Akhirnya, kami sekali lagi menyeru kepada semua guru supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama membantu meningkatkan dan melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam bidang agama dan pendidikan. Adalah menjadi harapan saya, semua guru akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Khas untuk guru-guru sekalian dan semua yang bergelar guru…
Kau seperti lilin yang menerangi
memberi sinar membakar diri
agar insan jadi insani
tanpamu kosong tiada erti
tak mungkin kami berada di sini.
Terungkap citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari bebal menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
pencorak kehidupan penyambung bangsa
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.
Di saat buntu, dikaulah pembantu
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
jasamu itu ku kenang selalu
biarpun beranak berpinak cucu.
Sesekali melangkah pasti rebah
nasihatmu kuingat menghilangkan gundah
agar diri dan semangat menjadi gagah
daku pasti tak mungkin mengalah
ilmu dan pengalaman diberi sudah
setelah berusaha dan berdoa, terserahlah.
Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Kami kini mampu berdikari.
Terima kasih guru.
Sumber : http://kafanova.blogspot.com/2011/08/besarnya-pengorbanan-seorang-guru.html#ixzz46tNGsM8o
Personal
Selasa, 26 April 2016
kebaikan lemon
7 Rahsia Kebaikan Buah Lemon Untuk Kurus & Sihat
Kalau Peminat tegar pasar raya pasti kenal apa itu buah lemon, buah dengan warna kekuningan yang menarik itula yang ada banyak terdapat di pasaraya. Tapi tahukan akak apakah rahsia kebaikan buah lemon kepada anda?Jangan duk tenung tilik pegang aje , buah lemon ini ada banyak kebaikan, meh sini saya ceritakan, tak perlu belanja besar pun.
1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.
3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak) !!
4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.
5. Sokong Sistem Imun
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.
6. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.Cubala pasti anda happy senyum selalu lega tuhh…
Resepi Smooties Enak & Sihat KLIK SINI
7. Alkalikan Tubuh Anda
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.
Cara Sediakan Air Lemon Suam
Terdapat pelbagai jenis resepi yang melibatkan air lemon ini. Boleh ikut selera anda cuma janganlah ditambah dengan pemanis tiruan nanti dah jadi tak sihat pula.Salah satu adalah hiriskan nipis 1/2 biji lemon dan direndamkan di dalam segelas air suam, biarkan selama beberapa minit dan bolehlah diambil sebagai minuman pembuka di awal pagi. Air lemon ini akan meningkatkan tenaga anda serta membantu mengawal selera makan sesuai buat sang pendiet yang kental..Happy trying . jika ada madu boleh juga letakkan satu sudu madu asli jangan bermadu pulak ya kan berperang lak laki bini..heeh !abam gurau dik!
Resepi Air Lemon Ke Dua
Hiriskan 1/2 biji lemon dan direndam ke dalam air suam masukkan juga 1 inci halia yang telah diketuk dan biarkan selama 5 minit selepas itu campurkan dengan 1 sudu madu dan boleh sudah nikmati air lemon madu halia. Ini kegemaran saya, rasanya masam manis pedas sungguh terbaik untuk mulakan hari anda..pastiiii tersenyum gumbira di hari raya
Langgan:
Catatan (Atom)